Saturday, January 24, 2009

suka suka redah

aku bukan siapa. bukan emak kamu, bukan saudaramu, bukan juga kakak mu. tapi apa yang akan aku katakan mungkin ada benar. tidak mahu berkata bohong. cuma apa yang aku caritkan bukan untuk kalian menerima, tetapi untuk kalian berfikir, untuk generasi yang akan datang. insyallah..


semalam ayie berkata sesuatu. "kerajaan pemalas~opss!" dia menutup mulutnya.


aku diam saja. lantang mulutnya berbicara mengenai politik, kerajaan dan negara tapi tanggungjawab pada negara tak pernah sakali pun di lunaskan. aku senyum saja. aku tak melawan. apa guna melawan, bagai mengajar katak menyanyi. ah, buang masa~ mungkin aku salah, mungkin aku berputus asa padanya tapi hatinya keras dan aku, cuma remaja 22tahun. mana mungkin lelaki gagah 26tahun mahu mendengar ungkapan ku soal politik, wang, kerajaan dan negara? jadi kamu berumur 26tahun, bagus sangatkah? arrghh.. tak perlu aku berperang dengannya.


tapi sebenarnya soalan dan ungkapan darinya membuat aku terfikir. kata ayie Amerika menghabiskan berjuta ringgit untuk itu, untuk ini, kerajaan kita buat apa dengan duit kita?? aku sengah lagi. bodoh. orang berkata berlandaskan American Idol memang macam tu, bisik hatiku. bising ayie pasal kerajaan tak gunakan duit rakyat di saluran yang betul. jadi duit rakyat america yang di habiskan ke medan perang bagaimana pula? duit rakyat america yang di habiskan untuk menyogok orang - orang di atas bagaimana pula? tak fikir.


bising ayie lagi. cukai pendapatan tinggi. bodo! tinggi kepala bapak kau.. kau pergi duduk kat australia tu. kalau orang malaysia bayar 1k tok cukai, orang aussie bayar 10k. dan memanglah aussie tu bagus, air free, kemudahan top sbb cukai pendapatan tinggi. kita orang malaysia, bayar PIBG, yuran sekolah, buku teks pun tak nak. FREE! FREE! FREE! syok sangat dapat benda free. tak bagi free, ugut nak sokong pembangkang. aku pening~


aku tak bermaksud nak kutuk rakyatsendiri, tapi sebenarnya aku agak kecewa. bila aku amatinya dengan tulus, ada hikmah yang besar aku belajar sosiology, tamadan islam dan online journalism kat universiti. buat aku terfikir. mengapa kita asik cakap america tu bagus? kenapa kita dok kata aussie tu bagus? napa kita kena cakap singapura tu bagus? aku tak halang kalau kita, negara malaysia nak membangun macam mereka tapi kita kena beringat, mereka mengagungkan tamadun greek-yunani, di mana wujudnya pemikiran berlandaskan fikiran manusia; Aristotle, plato dll. kita tidak mengagungkan tamadun itu sbb kita ada alh quran dan sunnah, kita melihat pada tamadun Islam.


kita kena sedar, di bumi malaysia ini penuh dengan culture. aku suka sosiology. aku mahu semua orang belajar sosiology sbb sosio buat kita berfikir bahawa kita ni sama sahaja. kita rasa melayu hebat, orang cina ingat dorang pun hebat, india pun ingat dorang pun hebat, mat salleh tu pun ingat dorang lagi hebat. pening pening pening~ kita kena sedar bahawa kita ni manusia, tak kira kamu agama apa, pegangan kamu ni apa, kita manusia di bumi ini, kita tiada kuasa terhadap apa - apa di bumi ini. sehebat mana pun kamu, kalau sekecil peluru tu masuk jantung, kamu akan mati.


pasal online journalism pula.. aku sedar bahawa semua orang bercerita pasal "kebebasan bersuara". aku bosan. sesungguhnya, selagi kita orang Islam, kita tidak bebas sbb ada Al quran dan sunnah sebagai guidance. kita tak penah bebas. orang bercerita, america tu bebas, leh cakap apa- apa. ha, ko nak sgt jadi america? pegila.. aku nak tgk ko merempat atau kerajaan sana nak tolong kau.. kerajaan kita ni lembut hati nak mampus. sampai semua orang pijak kepala, ambik kesempatan. aku kesian. aku sedih. orang selalu kata orang puteh tu bagus, ya.. memang mereka bagus tapi tak perlulah sampai kita mengagung agungkan mereka sangat. orang putih tu mahu kita jadi macam mereka, berpakaian macam mereka(sebenarnya orang sana taklah seksi pun, artist dorang je lebih2) dan yang penting sekali, mereka mahu kita jadi mcm mereka sebijik bijik sampai kita lupa asal usul kita. salah satu caranya, blog la! tengok, semua da amalkan freedom of speech. pening~ beringatla~


aku tak menolak kemajuan. alhamdullilah. aku menikmati segalanya. tapi aku percaya, kita harus ada acuan kita sendiri. kita harus ada concept kita sendiri. boleh jadikan america dan negara lain sebagai contoh tapi bukan semuanya baik di sana. yang sibuk sibuk cakap america best tu, korang penah g sana ke? pening la korang ni~


aku tak pasti kenapa aku agak emosional mengenai perkara ini. sesungguhnya aku terlalu muda untuk bersuara kepada orang - orang tua bila mereka lantang mengutuk segala benda. itu tak cukup, ini tak cukup, bayar yuran sekolah, bayar teks. kepala bapak korang.. itu jela yang mampu aku sebut dalam hati.


aku bukan orang kerajaan, aku bukan orang pembangkang. aku pun tak pasti, aku diam diam je..aku baru 22 tahun, aku dah daftar mengundi tapi tak de peluang lagi nak mengundi. tak apala.. tapi aku doa tiap hari supaya rakyat malaysia berfikir, lebih - lebih lagi si budak - budak muda kecik baru nak up up up ni. geram aku tengok.
kalianlah bakal bakal datuk, datin, tan sri tok negara kita kelak. kalau korang merempet, jual buntut dan sebagaimana, siapa lagi yang ada untuk memimpin? kalau bukan untuk memimpin negara pun, memimpin keluarga kalian..


aku tulis semua ini bukan sekadar suka - suka. aku mahu kalian mengenali asal usul kalian. bukan suka suka redah masuk je.


nadia alias~

No comments: