Aku berada di sini hari ini,
mempunyai kesenangan yang melimpah ruah,
atas usaha ayah yang tidak pernah merasai kayanya sendiri.
Aku berada di sini hari ini,
mempunyai cinta dan sayang yang tak berbelah bahagi,
atas didikan ayah yang tidak mungkin aku rasai lagi.
Setahun sudah berlalu ayah pergi, sampai sekarang aku masih tak pasti,
mengapa tuhan memilihku untuk menghadapi semua ini.
Kata yon, tuhan memilih hambaNYA yang mempunyai kekuatan sendiri.
Setahun, aku masih tercari cari kekuatan atas mati.
Antara syurga dan neraka,
antara cinta dan benci
antara hidup dan mati,
tiada satu pun yang jelas bagi ku..
aku rasa kosong.
Aku rasa dipermainkan oleh karma yang aku cipta sendiri.
Oleh hidup yang aku warna kan diri.
Dan semua yang terjadi hari ini, aku rasa bagai tiada makna lagi.
Segalanya satu ilusi yang memainkan minda yang mahu percaya.
Percaya mengenai sesuatu yang tidak lagi bisa ku sentuh..
tidak lagi bisaku dengar tawanya..
tidak lagi bisaku dengar dengkurnya…
kenapa adik rasa jauh darimu ayah?
kenapa masih adik tak nampak sinar atas mati ini?..
Kosong.
I just need to breath.

ayah
2 comments:
miss him too.
everyone miss him.. =) thanx beb. love u
Post a Comment